Saya Perlukan Awak Semua :)

Kita dah kata sayonara pada jahiliyah, kan? Kita dah pun ucap ohayo pada tarbiyah, kan? Jom 

kawan, pimpin tangan aku. Rentas trek dakwah dengan gerak langkah paling bergaya, sebagai 

pemuda pemudi harapan agama. Ikhwah di depan, sebagai qawama. Akhawat di belakang, sebagai 

penguat. Aku perlukan kalian. Masa dah suntuk!



Jom kawan, kita bersatu hati. Tinggalkan jahiliyah yang membelenggu diri. Tinggalkan kegelapan 

yang menutup hati. Aku perlukan kalian, kerja dakwah tak berjalan tanpa bantuan remaja-remaja 

harapan agama. Aku perlukan kalian.

Jom kawan, ikat hati-hati kita dengan doa rabithah. Tarik mana-mana yang dah tergelincir dari 

landasan fikrah. Berpaut tubuh sama-sama. Janji dengan aku, ukhuwah ini tak akan terlerai sampai 

bila-bila, boleh? Biar begini, sampai syurga nanti.




Jom kawan. masa kita tak banyak. Urusan tarbiyah tak boleh berhenti. Gerakan dakwah tak boleh 

mati. Bila ada yang terhanyut, jangan biar. Itu tugas kita, sedarkan mereka yang alpa. Kita kan 

kawan?

Kawan, jujur aku kata. Aku rindukan satu barisan ukhuwah. Aku rindukan akhawat dan ikhwah yang 

sanggup berjaga malam demi memartabatkan agama. Aku rindukan masjid dan surau yang 

diimarahkan para remaja. Aku rindukan saf subuh yang penuh. Aku rindukan gelak tawa mereka yang 

berjuang fissabilillah. Kita buat bulatan gembira sama-sama nak? Berkongsi tazkirah, berkongsi cinta. 

Aku rindu semuanya.


Kawan, kita semua manusia luarbiasa. Kita semua bukan manusia biasa. Jalan dakwah dan tarbiyah, 

bukan jalan untuk orang-orang biasa. Amacam? Nak join aku tak? Kita semua jadi ikhwah akhawat 

yang sumpah osem dengan buka hati untuk ditarbiyah.


Jomlah, ikut aku. Kita sama-sama majukan bangsa. Buang saja rokok tu. Membazir duit, membuang 

nyawa. Simpan saja pakaian tak cukup kain tu, pakai di rumah, dalam bilik sorang-sorang tak apa.


Nak tahu satu rahsia tak?

Syabab yang wajahnya sentiasa dibasahi wudhuk tu nampak sangat macho lagi menenangkan.

 Tambahkan perisa senyuman, sumpah menawan!

Akhawat yang bertudung labuh menutup dada tu nampak sangat manis pada pandangan. Tambah 

dengan akhlak yang sopan, sungguh seindah perhiasan. Lawa tu!





Seronok dipuji?


Jom, alangkah seronoknya berukhwah fillah. Aku nak cabar satu benda, boleh?


Bila bertemu di jalan-jalan atau di RnR, nampak sesama ikhwah, cuba beri salam, senyum, berjabat 

tangan. Walaupun kita saling tak kenal, bukankah hati kita sudah terpaut dengan doa rabithah?



Bila berjalan di taman bunga atau pasar raya, ternampak sesama akhawat, cuba beri salam, senyum 

dan bersalaman. Nak buat salam semut pun okey! Tak kenal? Tak apa. Hati kita sudah bersatu dengan 

doa rabithah.


Cuba bayangkan, kalau semua orang buat perkara yang sama, aku yakin dengan izin Allah, barisan 

qawama dan penguat sudah ampuh. Boleh jadi satu barisan yang membanggakan ummah.


Takbir!

Allahuakbar!

Ada lagi. Kita bangun solat malam. Boleh? Ala kenapa tak boleh? Hubungan kita dengan manusia 

dah mula melangkah setapak ke hadapan. Hubungan kita dengan Allah pula sekarang. Walaupun ini 

perkara pertama sepatutnya diambil kira.



Bangun malam, solat sunat. Doakan kejayaan kita. Kita semua, boleh? Aku doakan kamu, kamu 

doakan aku. Aku doakan ukhuwah kita sampai syurga, kalian doakan ukhuwah kita sekencang 

dakwah. Amacam? Bersatulah, bersatu kerana Allah! Inilah kisah cinta kita. Kisah cinta kita, berada di 

atas jalan dakwah dan tarbiyah ini.



Bila nampak ada yang terjatuh, janganlah cepat mengutuk. Bantu, kawan. Bantu. Andainya aku jatuh,

 tarik aku. Begitu juga sebaliknya.





Aku mohon, aku perlukan kalian. Perjuangan ini tak berhasil kalau aku bersendiri. Aku perlukan 

penembak-penembak tepat. Aku perlu tembakan doa dari kalian. Bantu aku, aku minta, bantu aku 

realisasikan impian ini. Impian menjadikan kita semua generasi harapan agama!


Jom kawan, amalkan baca Al Quran paling kurang sehari satu muka surat. Amalkan sentiasa 

berwudhuk. Jom kawan, kita berukhwah sampai syurga.



Takmil wa istikmal gitu boh! Jom kawan, lari sama-sama dengan aku di atas trek dakwah ini! Lari 

jauh-jauh dari jahiliyah! Cepat kawan, masa kita tak banyak, dah singkat!



-Tamat-

No comments:

Post a Comment