Result PMR 2010 ^^



Assalamualaikum 

Okay,

hurm tetiba teringat cerita time aku PMR 2 tahun lepas.

Okay,

kita start awal-2 tahun.

Okay, masa form 3 aku dengan e kawan baik lah awal-2 tahun tuh.

Dia selalu cerita pasal sorang awek yang dia minat gila.

* cantik doe !

Budak tuh sekolah rendah sekali dengan aku.

So,

entah mcm mane E pun couple lah dgn budak tu.

So, he always told me about her.

Okay, stop about him.

Hurm, masa exam trial PMR !

OMG, sy kena langgar !

Alhamdulillah tade pape yg teruk.

Sebenarnya lah kan,

aku tak sakit sgt pun.

Aku tak nak menangis pun time tu.

Tapi,,

disebabkan terharu gila dgn

 ayah aku yg sanggup dukung aku masuk dalam kereta,

tetiba, air mata mengalir.

Sayu gila.

Kawan-2 aku cakap, aku melambung kot.

* ringanlah katakan ='D

Aku pun rasa mcm tu,

 sbb mula-2 aku ada kat sberang jalan sini,

 tetiba ada kat seberang sana lak -,-'

Tapi, alhamdulillah.

Aku tak luka pape pun.

Cuma kaki aku je yang kena p ber"urut" :)

Then,

org yg langgar aku tu lak student kepada ayah aku.

So, 2 atau 3 hari lepas tu,

ayah aku bagi tahu aku yang

 dia pergi minta maaf sbb tak sengaja langgar.

Then, stop sampai situ.

Okay, 

sebenarnya masa aku ambik result PMR 

aku rasa sedih sgt.

Sebab parents aku taknak teman aku p ambil result.

Terutama ayah aku.

Aku tahu kenapa.

Maybe,

dia malu kot ada anak macam aku.

Aku dengan ayah aku jarang gila bercakap sejak

aku berpindah sekolah dari 

SMKA Tok Bachok ke SMK Bachok.

* Aku tahu dia sedih sebab aku tak dapat nak

 tunaikan harapan dia untuk aku study dekat situ.

Selepas aku pindah ke sekolah SMKB,

aku dgn abah jrang gila b'cakap.

* Maybe korang akan cakap aku ni anak tak kenang budi kan?

Okay, before pindah sekolah, abah ada bagi tahu

Abah : Betul ni nak pindah? ! (dengan nada yang agak bengang)

Aku : Betul lah, ore takleh duduk sini. Ore tak tahan dah. ( sambil menangis )

Then, umi pergi ambik surat berhenti sekolah dekat pejabat.

Esoknya, aku kemas barang-2.

Aku ingat lagi,

on the spot aku pindah.

Kalau tak caye, tanya kawan-2 

yang satu dorm dgn aku kat SMKATB

 terutama Nor Amira Abu Bakar.

Then, aku sedih gila kot masa tuh.

* psssttt, kita dah melencong dari tajuk asal -,-'

Okay, malam sebelum ambil result aku ada bagi tahu umi aku,

Aku : Umi, maafkan ore kalo ore tak dapat keputusan yang cemerlang.

Umi : Takpelah, dah farah usaha banyok tuh, hok tuh hok farah buleh.

Pagi esok aku cakap lagi kat umi 

Aku : Umi, umi takse ikut ore ko?

Umi : Umi nak ikut rani, keto pun tok panda bawok.
 Biar mat (abang long aku) lah yang hantar.

Aku : Maafkan ore mi. Dengar-2, 43 org straight A's.
Tak tahulah ore ada ko dok.

Umi : Lah, mestilah ada. Kelas awak pun 25 jah kan.
Aku : Tok tahu lah tuh.

* Aku pun salam mak aku then pergi ke sekolah.

Masa tuh, ayah aku buat-2 tak tahu je dalam bilik, pura-2 tidur.
Maybe dia malu kot nak g ambil result aku. Yela, dia kan cikgu kat sekolah tuh. Anak cikgu-2 yang lain yang sekelas dengan aku semua pandai-2. Aku je yang tak pandai. Maybe abah takut aku dapat result teruk kot. Sebab tu dia tanak pergi. Sumpah aku sebak gila pagi tu. Tapi, aku kuatkan semangat then pergilah ambik result dgn abg long aku.

Sesampai aku di sekolah, aku call kawan aku then tanya diorang kat mana.
Then, aku masuk jelah.
Masa tu, aku rapat dengan Aziz. Aziz duduk belakang aku masa PMR.
Aku pun tak tahu macam mana boleh rapat dengan dia.

Aku pun pergi duduk sebelah geng-2 aku.
Abang aku just letak aku kat sekolah then dia pergi merayap jap.
Masa semua orang dah nak umum result, abg aku baru ada.
Masa tuh berdebar gila kot. Aku menangis ='(
Semua cuak. Untunglah anak-2 cikgu yang dah tahu.
Aku? Ayah aku tak datang pun. 
Ya Allah, tetiba rasa sebak.
Murahan betul air mata aku ni sbb mudah sgt jatuh.
Kuatkan aku !

Okay, then PPD pun ckp,
nama ni akan dipanggil ikut abjad.
Then dia panggil lah.
Tetiba je dia dah panggil Muhammad ape entah *lupa -,-'
Aku menangis gila kot.
Yela, nama aku start dengan F.
Memang abang aku yang kat tepi ni dah sabar gila tenangkan aku.
Then, asyik-2 tgh menangis tu,
PPD tuh pun panggil

"FARAH HAKIMAH BINTI CHE RAZMAN"

Wah !!! Tak percaya.
Aku pun jalan lah ke depan.
Kat depan tu, aku tertunggu jugak nama Aziz.
Tapi tade. Dia dapat 7A1B. English dia B.
Tapi tape, kami tetap kawan sampai sekarang.
Alhamdulillah :)

Okay,
beberapa minit lepas tu..
Aku ada nampak abah.
Abah datang.
Okay, masa tu jugak hujan !
Hujan rahmat maybe.
Hurm, abah datang dekat aku then peluk aku.
Aku nangis.
Abah cakap

Abah : Abah mintak maaf sangat-2

Aku tak mampu nak cakap ape,
aku menangis.
Memang aku menangis.
Okay, air mata jatuh lagi.
Air mata aku memang murahkan?

Maaflah, aku memang macam ni.
Dekat luar, akulah hebat. (kononnya)
Tapi,
hati aku.
Arghhh, 
aku cepat sangat menangis.

-The End-

No comments:

Post a Comment